Cara Mengecas Spy Pen

Cara Guna Spy Pen

 

Sebelum anda memulakan rakaman, pasti bateri anda dicas dengan kuasa yang secukupnya . Untuk mengecas bateri lakukan langkah langkah ini.
 

  • Sambungkan Charger, Cable dan Spy Pen. Atau anda boleh terus sambungkan Spy Pen ke PC / Laptop untuk mengecas bateri.

  • Caskan selama 1jam (minima) hingga 2jam (maksima)



Pakej produk yang anda terima

kotak-penspy

Produk yang anda terima mengandungi
item-item berikut:

1 - Spy Pen 4GB

1 - Travel Wall Charger

1 - USB Cable

1 - Case

Cara Membuat Snap Gambar / Photo

1.  Tekan 'record button' atau butang rakaman yang berada diatas. Tekan lama sikit (1 - 2 saat) sehingga lampu biru menyala.

 

2.  Apabila lampu biru telah menyala, anda hanya perlu tekan dan lepas sekali lalu sahaja. Kemudian lampu akan berkelip ia menunjukkan kamera telah mengambil satu gambar. Dan lakukan proses tekan dan lepas untuk menangkap gambar seterusnya. Ingat lampu biru adalah untuk snap gambar sahaja.

 

Cara Membuat Rakaman Video

 

1.  Untuk membuat rakaman video pula, anda perlu tukarkan lampu biru kepada lampu merah. Tekan butang rakaman dan tekan lama sikit selepas lampu biru itu tadi aktif dan lampu biru akan bertukar menjadi warna merah. Jika berjaya mode rakaman video telahpun aktif.

Tapi untuk mengatifkan rakaman video, anda hanya perlu tekan dan lepas sekali lalu dan lampu merah akan berkelip-kelip seterusnya ia menunjukkan rakaman video sedang aktif. Ingat untuk merakam video pastikan lampu merah menyala dan ia menunjukan mode video telah aktif.

2.  Untuk menamatkan rakaman pula, tekan dan lepas butang rakaman dengan sekali lalu sahaja. Rakaman akan tamat dan semua rakaman yang dibuat itu tadi akan tersimpan didalam memori spy pen. Lampu merah tidak berkelip-kelip lagi tapi terus menyala tanpa berkelip-berkelip.

 

Bahan Lain Yang diPerlukan

 

1.  Anda perlukan perisian Window Media Player atau Gomlab. Jika tiada sila download perisian Gomlab disini. Lepas download pasangkan terus ke PC atau Laptop anda. Abaikan langkah ini jika komputer ada salah satu perisian ini.

Jika perisian Window Media Player dan Gomlab tidak menyokong video rakaman anda, sila gunakan perisian VLC Media Player. Pasangkan dulu sebelum memainkan video rakaman. Perisian ini ada dibekalkan didalam memori spy pen yang terletak di dalam file Driver. Cari dan pasangkan ke PC sebelum rakaman video spy dimainkan. Atau anda boleh download perisian ini terus dilaman web pembangun perisian VLC Media Player disini.

 

2.  Jika anda kurang faham dan mahu buat pertanyaan, anda boleh hubungi saya melalui emal ini > formulasakti@gmail.com, atau hubungi ke talian > 016-758 3483. Atau gunakan borang hubungi kami.

 

3.  Setelah anda faham dengan langkah-langkah yang disediakan diatas dan anda mahu beli Spy Pen ini, sila klik disini untuk beli produk ini sekarang! atau terus ke halaman pembelian.